Selamat datang ke Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Gunung Besout 5
PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL / NADI merupakan projek kerajaan Malaysia dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.
Objektif Penubuhan:
– Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan
– Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.
– Meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI.
– Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
– Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.
- Latihan keusahawanan
KENALI PETUGAS NADI FELDA GUNUNG BESOUT 5:
Untuk menjadi petugas NADI Felda Gunung Besout 5, kami harus melalui beberapa proses sebelum secara sah dilantik menjadi petugas NADI Felda Gunung Besout 5 . Tangungjawab dan amanah yang telah diberikan . Kenali kami
:
PENGURUS
Nama: NOR ASMAH BINTI MAT NU
Mula berkhidmat: 01 Ogos 2012
PENOLONG PENGURUS
Nama: NUR SHAKILA BINTI ZULKAFLE
Mula berkhidmat: 05 MAC 2018