Bengkel Mahir Tiny Techies yang berlangsung pada 2 Ogos 2025 ini bertujuan memperkenalkan pelajar sekolah rendah kepada dunia teknologi melalui penggunaan microbit. Program selama satu jam ini memberikan pengalaman asas dalam pengaturcaraan dan pembinaan sistem elektronik. Ia merupakan usaha NADI bersama Tiny Techies dan untuk melahirkan generasi celik teknologi sejak di bangku sekolah rendah.
KELEBIHAN PENYERTAAN WEBINAR
- Pendedahan awal kepada micro:bit
Pelajar akan belajar bagaimana micro:bit berfungsi serta bagaimana menggunakannya dalam projek mudah. - Tingkatkan kreativiti & inovasi
Menggalakkan pelajar mencipta, mencuba dan meneroka idea baharu menggunakan teknologi. - Bimbingan daripada pakar & mentor
Dikendalikan oleh tenaga pengajar berpengalaman dari Tiny Techies dan Makers IIUM. - Peluang awal jadi wakil dalam program berkaitan teknologi
Peserta berpotensi disaring untuk mewakili NADI atau menyertai program lanjutan di masa akan datang.


