| Tarikh | : 10 MEI 2025 |
| Masa | : 10.00 AM – 11.30 AM |
| Tempat | : NADI Felda Gunung Besout 5 |
| Peserta | : 3 Orang |
Webinar ini bertujuan untuk memberikan pendedahan asas kepada peserta mengenai keselamatan siber (cybersecurity) serta jenis-jenis ancaman digital yang sering dihadapi oleh pengguna internet. Dalam era digital masa kini, maklumat peribadi dan data organisasi amat mudah terdedah kepada risiko penggodaman dan serangan siber jika tidak dilindungi dengan betul.
Objektif Webinar:
- Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan keselamatan siber dalam kehidupan harian.
- Memahami bentuk-bentuk ancaman penggodam seperti phishing, malware, ransomware, dan serangan sosial.
- Mempelajari langkah-langkah asas untuk melindungi peranti, akaun dan data peribadi.
- Memberi panduan tentang penggunaan perisian keselamatan dan amalan terbaik dalam talian.



