| Tarikh | : 23 DISEMBER 2025 |
| Masa | : 3.00 PETANG – 4.30 PETANG |
| Tempat | : NADI FELDA GUNUNG BESOUT 5 |
| Peserta | : 10 ORANG |
Program Cuti Sekolah Tiny Techies telah dilaksanakan bagi mengisi masa lapang pelajar dengan aktiviti berfaedah berteraskan teknologi dan kemahiran digital. Program ini melibatkan penyertaan pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah dengan modul pembelajaran yang disesuaikan mengikut peringkat umur dan tahap kefahaman peserta.
Bagi sekolah menengah, pengajaran tertumpu kepada tajuk FS4A – Pengajaran SQL 2 yang bertujuan memperkenalkan serta memperkukuh kemahiran pengurusan pangkalan data. Melalui sesi ini, pelajar didedahkan dengan penggunaan arahan SQL lanjutan untuk mengurus, memaparkan dan menganalisis data secara lebih sistematik, sekaligus meningkatkan kefahaman mereka terhadap asas dunia pengaturcaraan dan data.
Manakala bagi sekolah rendah, pengajaran Micro:bit 1 memberi pendedahan awal kepada konsep pengaturcaraan dan pemikiran komputasional. Pelajar belajar menggunakan Micro:bit secara interaktif melalui aktiviti praktikal yang menyeronokkan, sekali gus merangsang kreativiti, kemahiran menyelesaikan masalah dan minat terhadap bidang teknologi. Selain sesi pengajaran, para peserta turut menjawab kuiz interaktif bagi menguji tahap kefahaman mereka terhadap topik yang dipelajari.


