mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN DISEMBER 2025 – NADI X CYBERSECURITY (ON DEMAND RISIKO KAMERA TERSEMBUNYI)

Tarikh               : 4 DISEMBER 2025
Masa : 3.00 PETANG – 4.30 PETANG
Tempat: NADI FELDA GUNUNG BESOUT 5
Peserta: 3 ORANG

Program On Demand: Risiko Kamera Tersembunyi – Apa Yang Anda Perlu Tahu? merupakan satu modul pembelajaran dalam talian di bawah NADI Cybersecurity yang bertujuan meningkatkan kesedaran orang awam terhadap ancaman kamera tersembunyi. Program ini mendedahkan risiko pencerobohan privasi yang sering berlaku tanpa disedari, termasuk di rumah, penginapan awam dan tempat tertutup. Peserta akan dididik tentang cara mengenal pasti tanda-tanda kewujudan kamera tersembunyi serta langkah berjaga-jaga bagi melindungi keselamatan dan privasi diri.

Objektif Program

  1. Meningkatkan kesedaran masyarakat tentang risiko dan ancaman kamera tersembunyi terhadap privasi dan keselamatan individu.
  2. Memberi pendedahan kepada peserta mengenai cara mengenal pasti kewujudan kamera tersembunyi di persekitaran seharian.
  3. Mendidik peserta tentang langkah pencegahan dan tindakan yang boleh diambil sekiranya mengesan kamera tersembunyi.
  4. Memupuk sikap cakna terhadap keselamatan siber dan perlindungan data peribadi.
  5. Menggalakkan penggunaan ilmu keselamatan digital bagi melindungi diri, keluarga dan komuniti.