| Tarikh | : 24 DISEMBER 2025 |
| Masa | : 10.00 PAGI – 11.00 PAGI |
| Tempat | : NADI FELDA GUNUNG BESOUT 5 |
| Peserta | : 1 ORANG |
Program eKelas Cuti Sekolah ini merupakan platform pembelajaran yang bermanfaat dan mudah diakses oleh pelajar untuk memanfaatkan masa cuti sekolah dengan aktiviti yang berilmiah. Program ini bukan sahaja membantu meningkatkan kreativiti dan pengetahuan pelajar dalam bidang AI, malah menyokong usaha melahirkan generasi celik teknologi.
Objektif Program
- Memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam pembelajaran dan aktiviti kreatif.
- Menggalakkan pelajar memanfaatkan masa cuti sekolah dengan aktiviti berfaedah dan berunsur pembelajaran digital.
- Meningkatkan kreativiti, pemikiran kritikal dan kemahiran teknologi dalam kalangan pelajar.
- Menyokong usaha melahirkan generasi celik digital dan teknologi selaras dengan aspirasi pendigitalan negara.
- Memberi peluang kepada pelajar menyertai pembelajaran dalam talian secara interaktif melalui platform Zoom.


