mcmc
Galeri FotoLaporan AktivitiUncategorized

LAPORAN APRIL 2025 – WEBINAR SAFE (KENALI PENIPUAN ATAS TALIAN) & SHIELD (KENALI CARA MELINDUNGI MAKLUMAT ANDA)

Tarikh          : 19 April 2025            
Masa: 09.30 AM – 11.30 AM
Tempat: NADI Felda Gunung Besout 5
Peserta: 2 Orang

Webinar SAFE: Kenali Penipuan Atas Talian berjaya membuka mata peserta tentang pelbagai bentuk penipuan siber yang semakin berleluasa dalam masyarakat. Program ini bukan sahaja memberi pendedahan kepada taktik dan modus operandi scammer, malah turut menyediakan panduan praktikal bagi melindungi diri daripada menjadi mangsa.
Melalui perkongsian oleh pakar dan pengalaman mangsa sebenar, peserta kini lebih berwaspada dan memahami pentingnya mengenal pasti tanda awal penipuan serta mengambil tindakan segera jika terlibat.
“Jangan jadi mangsa – kenali penipuan, lindungi diri anda?

Webinar SHIELD: Kenali Cara Melindungi Maklumat Anda memberikan pendedahan yang jelas dan bermanfaat kepada para peserta mengenai kepentingan melindungi maklumat peribadi dalam dunia digital yang semakin mencabar ini. Melalui sesi perkongsian dan perbincangan interaktif, peserta bukan sahaja didedahkan kepada pelbagai bentuk ancaman siber, malah turut dibimbing tentang langkah-langkah pencegahan yang praktikal dan berkesan.