NADI Mahir akan menganjurkan sesi webinar atas talian yang terbuka kepada seluruh komuniti NADI Felda Gunung Besout 5.
Tujuan utama webinar ini adalah memperkenalkan pelbagai kursus kemahiran yang ditawarkan oleh NADI.
Webinar ini akan diadakan pada 22 Oktober 2024 dan dijalankan selama satu (1) jam.
Peserta perlu mendaftar sebagai ahli NADI dengan bayaran RM5.00.
Setelah tamat sesi webinar, para peserta boleh memilih untuk menceburi dan mendaftar kursus Kemahiran yang diminati.