mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI OKTOBER 2025 – WEBINAR PEMASARAN DAN OPERASI PERNIAGAAN

Tarikh               : 16 OKTOBER 2025
Masa : 10.00 PAGI – 11.30 PAGI
Tempat: NADI FELDA GUNUNG BESOUT 5
Peserta: 1 ORANG

Pada sesi 16 Oktober, peserta mengikuti Webinar Atas Talian 2 yang memberi tumpuan kepada aspek penting dalam pemasaran dan operasi perniagaan. Webinar ini dijalankan secara langsung dan turut disertai dengan tayangan video pra-latihan sebagai bahan pembelajaran tambahan.

Peserta didedahkan kepada strategi pemasaran berkesan, teknik menarik pelanggan, serta pengurusan operasi yang sistematik bagi memastikan keberkesanan sesebuah perniagaan. Sesi ini membantu peserta memahami bagaimana menggabungkan strategi pemasaran dengan pengurusan harian untuk mencapai keuntungan yang berbaloi.

Objektif:

  1. Memberi pendedahan tentang strategi pemasaran yang relevan dan berkesan.
  2. Meningkatkan kefahaman peserta terhadap pengurusan operasi perniagaan.
  3. Membantu peserta merancang dan melaksanakan strategi perniagaan dengan lebih teratur.
  4. Membangunkan kemahiran praktikal untuk mengekalkan daya saing dalam pasaran.