mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI NOVEMBER 2024 – KESEJAHTERAAN KENDIRI

Tarikh : 13.11.2024
Masa : 17.00 petang – 17.30 petang
Tempat : SMITI MUALIM
Peserta : 30 Orang

Kesejahteraan Kendiri adalah salah satu perkidmatan Pintar di NADI. Melakukan Saringan kesihatan kepada pelajar dan guru di Smiti
yang melibatkan pemeriksaan tekanan darah (BP) dan paras gula dalam darah adalah langkah penting untuk memantau
kesihatan dan mencegah penyakit yang serius seperti hipertensi (darah tinggi) dan diabetes. Pemeriksaan ini mudah dilakukan dan
memberi maklumat penting tentang status kesihatan seseorang.

Kepentingan Saringan Kesihatan:

  • Membantu mengesan awal sebarang masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi atau diabetes, yang jika dikesan awal, boleh dikawal dengan lebih berkesan.
  • Mencegah komplikasi kesihatan yang serius seperti penyakit jantung, strok, atau kerosakan organ.
  • Memberi panduan kepada individu untuk membuat perubahan gaya hidup yang sihat, seperti menjaga diet, bersenam, atau mendapatkan rawatan perubatan jika perlu.

Saringan kesihatan berkala adalah sebahagian daripada penjagaan kesihatan kendiri yang proaktif.

Gambar Disini