mcmc
Galeri FotoLaporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI JANUARI 2026 – NADI DELIA (WEBINAR BERKALA BAHASA INGGERIS EDISI 6)

Tarikh               : 24 JANUARI 2026
Masa : 2.30 PETANG – 4.30 PETANG
Tempat: NADI FELDA GUNUNG BESOUT 5
Peserta: 2 ORANG

Webinar ini bertujuan membantu pelajar meningkatkan prestasi Bahasa Inggeris, khususnya dalam komponen reading. Ia memberi pendedahan kepada strategi menjawab soalan dengan betul, memahami kehendak soalan, serta membina keyakinan pelajar untuk menghadapi peperiksaan

Objektif Program

  1. Membantu pelajar memahami teknik menjawab soalan reading Bahasa Inggeris dengan lebih berkesan.
  2. Meningkatkan keyakinan pelajar walaupun tanpa penguasaan Bahasa Inggeris yang sempurna.
  3. Memberi pendedahan kepada strategi membaca dan memahami teks dengan cepat dan tepat.
  4. Menggalakkan minat pelajar terhadap pembelajaran Bahasa Inggeris melalui pendekatan yang mudah dan menyeronokkan.
  5. Menyokong usaha NADI dalam memperkasa kemahiran akademik pelajar komuniti setempat.