Puan Maizura atau lebih dikenali dengan nama Uyaa merupakan seorang ibu kepada 2 orang anak.
Beliau merupakan usahawan yang menjual pelbagai jenis barang permainan kanak-kanak berbentuk “education toys” dan bahanbantuan belajar.
Beliau sering menghadiri kelas-kelas keusahawanan atau bengkel anjuran NADI antaranya Kelas Shopee Usahawan Baru Online, Program Expert Workshop Digital Marketing & Karnival Keusahawanan “Micro Connector” dan beberapa kelas lain.
Pada Januari 2020, beliau berjaya membuka kedai di platform Shopee serta menggunakan platform Facebook (Facebook Live) dan Tik Tok untuk mempromosikan produk jualan beliau.
Beliau kini aktif menjual di platform Tik Tok dan mempunyai group Telegram dropship mainan sendiri yang dapat membantu suri rumah menjana pendapatan sampingan serta membantu meningkatkan lagi hasil jualan beliau.