Mengikut Dasar Pembangunan Belia dan Akta Pertubuhan Belia serta Pembangunan Belia Malaysia, belia ditakrifkan dalam akta ini sebagai seseorang yang berumur tidak kurang lima belas (15) tahun dan tidak melebihi empat puluh (40) tahun.
BELIA merupakan tulang belakang sesebuah negara.
“Apabila kita hendak melihat wajah negara pada masa hadapan, lihatlah generasi mudanya pada hari ini, sekiranya golongan muda pada hari ini adalah daripada kalangan yang berakhlak dan berhemah tinggi, tentunya negara kita pada masa hadapan menjadi sebuah negara yang aman makmur tetapi jika keadaan adalah sebaliknya, maka bersedialah untuk berhadapan dengan kemungkinan buruk yang akan berlaku.” Itulah kata kata yang lahir daripada Profesor Doktor Yusuf Al-Qardhawi.
Sesungguhnya, tanggungjawab besar belia pada hari ini adalah untuk menjana pembangunan bangsa, negara dan agama. Pada usia muda ini jugalah dianggap sebagai tempoh waktu yang penting bagi tujuan pembentukan generasi pelapis kerana pada usia ini berlakunya pertumbuhan jasmani, pemikiran, akhlak serta bakat seseorang itu berada pada tahap yang sangat sesuai untuk menyerap sebarang pendekatan, pemikiran serta ilmu pengetahuan.
Namun begitu, apa yang dapat kita lihat dalam suasana semasa, dalam arus kemodenan dan kemajuan ini, golongan belia menghadapi cabaran sangat hebat. Golongan ini bukan sahaja terdedah kepada perkara-perkara yang tidak sihat seperti budaya Hedonisme iaitu yang suka berfoya-foya, dan berhibur dengan keterlaluan dan melalaikan, bahkan mereka seringkali dikaitkan dengan kegiatan penagihan dadah, rempit dan jenayah, ragut, lumba haram dan sebagainya.
Melihat kepada suasana semasa, sebahagaian besar golongan belia tidak mempunyai kesedaran untuk memajukan diri dan ummah. Sehubungan itu, dalam usaha mencapai matlamat belia sebagai cermin masa hadapan negara, maka golongan belia ini perlu meletakkan diri mereka sebagai penggerak dan pembina tamadun yang unggul, yang dihormati oleh masyarakat dunia.
Justeru itu, mereka perlu memikirkan masa depan agar dapat menghasilkan kesedaran. Bak kata pepatah “Menyesal dahulu pendapatan ,menyesal kemudian tidak berguna.” Nama baik dan keperibadian yang tinggi perlu dijaga untuk jaminan masa depan. Oleh itu, golongan belia hari ini perlu menunaikan tanggungjawab dan kewajipan yang boleh menjamin masa depan cemerlang.
Semoga para belia dan beliawati di negara kita dapat memacu ke hadapan dengan cemerlang seiring dengan pembangunan negara pada masa hadapan.
Senarai Ahli Jawatankuasa Belia Felda Gunung Besout 05
NAMA | JAWATAN |
MOHAMAD IKRAM BIN ALI | PENGERUSI |
MUHAMMAD FUAD BIN MAHAMADAN | TIM. PENGERUSI |
ZUBAIDAH BINTI ABDULLAH | NAIB PENGERUSI |
FATIN MUNIRAH BINTI ABDUL RAHMAN | SETIAUSAHA |
AZAMUDDIN IZHAR BIN MAT SHOIB | BENDAHARI |
KAMARUL ARIFFIN BIN MOHAMMAD AZIZ | AJK |
SAIFUL AKMAL NAJMI BIN ROSLAN | AJK |
NURIL LUKMAN BIN MD SA’AT | AJK |
MUHAMMAD ZULFADLI BIN MUHAMMED SHARIF | AJK |
MUHAMMAD ATIKHUL FAHMI BIN ABDULLAH | AJK |