mcmc
Galeri FotoLaporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI JANUARI 2026 – NADI CYBERSECURITY : SIRI CYBER HYGIENE (ASAS KESELAMATAN SIBER)

Tarikh               : 22 JANUARI 2026
Masa : 3.00 PETANG – 4.30 PETANG
Tempat: NADI FELDA GUNUNG BESOUT 5
Peserta: 3 ORANG

Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran keselamatan siber dengan memberi panduan praktikal mengenai keselamatan aplikasi telefon dan penggunaan Wi-Fi yang selamat. Ia membantu peserta melindungi peranti serta data peribadi daripada ancaman siber melalui amalan cyber hygiene yang betul.

Objektif Program Siri Cyber Hygiene

  1. Memberi pendedahan kepada peserta mengenai asas keselamatan siber dan kepentingan amalan cyber hygiene dalam penggunaan peranti digital harian.
  2. Meningkatkan kesedaran peserta tentang risiko keselamatan aplikasi mudah alih serta ancaman Wi-Fi yang tidak selamat.
  3. Membimbing peserta mengenal pasti dan menyemak tahap keselamatan aplikasi pada telefon pintar masing-masing secara praktikal.
  4. Membantu peserta mengaplikasikan langkah-langkah perlindungan peranti dan data peribadi daripada ancaman siber.
  5. Melahirkan pengguna digital yang lebih berwaspada, berpengetahuan dan bertanggungjawab dalam penggunaan teknologi.