mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI NOVEMBER 2024 – NADI SAVE & SHIELD DI SMITI MUALIM

Tarikh : 13.11.2024
Masa : 15.00 petang – 17.00 petang
Tempat : SMITI MUALIM
Peserta : 50 Orang

Tajuk taklimat yang di sampaikan di Sekolah Smiti Mualim ini bertajuk Klik Dengan Bijak tentang buli siber. Di era ini pelajar perlu diberi pendedahan tentang klik dengan bijak kerana dunia digital mengundang pelbagai risiko & cabaran terutamanya kanak-kanak.

Taklimat ini bertujuan membantu membina persekitaran siber yang lebih selamat dan harmoni bagi semua pelajar.

  • Meningkatkan Kesedaran: Memberikan pemahaman kepada pelajar tentang bahaya buli siber dan kesannya terhadap mangsa, termasuk impak emosi dan psikologi.
  • Mendidik Pelajar: Menjelaskan cara-cara untuk mengenal pasti buli siber dan langkah-langkah pencegahan, termasuk penggunaan internet dengan bertanggungjawab dan selamat.
  • Menggalakkan Tindakan Bijak: Memberi panduan kepada pelajar tentang apa yang perlu dilakukan jika menjadi mangsa atau menyaksikan buli siber, termasuk melaporkannya kepada pihak berkuasa yang berkenaan.

Gambar Disini